Posted in All about Islam, Note from me, Stay cool, Story

Love Is Cinta

Seronoknya jika tengah bercinta. Rindu rasa nak bercinta. Teringin hanya cukup pandangan mata sudah tahu maksud didalamnya.

Cinta seperti ingin terbang bebas diudara. Cinta seperti bebas berlari kemana-mana. Cinta seperti angin sepoi-sepoi bahasa menerjah muka.
Cinta itu manis seperti gula. Cinta itu indah seperti haruman bunga. Cinta itu asyik laksana nyanyian unggas rimba.

Jangan ditegur buat orang bercinta. Kerana mereka tengah lena dibuai cinta. Hati dan fikiran hanya pada cinta.

Berada didalam dakapan kekasih memang hangat menggoda. Selesa walau badan tinggal rangka. Empuk seperti diatas tilam raja.

Siapa kata orang dah kawin dan ada anak tak boleh bercinta. Saling memahami diri pasangan itulah cinta. Cabaran didalam bahtera itulah cinta. Dilambung ombak pada layar itulah cinta.

Cinta di alam rumah tangga itulah realiti. Cinta diwaktu si kecil dimata itulah paksi. Cinta diwaktu sukar itulah cinta hakiki.

Cinta yang paling indah, cinta yang paling romantis, cinta yang paling shahdu adalah cinta kerana Allah. Kita cinta akan Allah, Allah aturkan cinta kita dengan manusia pula. Hebatkan cinta.

Mirza dalam Razia Sultan hanya hayalan. Khuzairi dalam 7 Hari Mencintaimu hanyalah igauan. Cukup lah sekadar Abang Kapal itu suami aku. 

Nak belanja kejap doa pengikat kasih sayang suami isteri. Cinta mesti ada penyeri baru harmoni 💘 💘 💘 

add atau follow fb saya yer https://www.facebook.com/syidagojes

Advertisements

Author:

Hi, I'm Syida. Hanya blogger biasa dan suka menulis isi hati di sini. Tulis apa yang saya suka dan mahu berkongsi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s