Posted in Note from me, Stay cool

Barang Berjenama

Orang yang merasakan dirinya mahal tidak perlu memakai sesuatu yang mahal untuk menampakkan dirinya itu mahal.

Cukup sekadar keperluan dan keselesaan iaitu keselesaan memakainya  serta poketnya.

Pst… Tapi jangan pulak sampai selekeh 😆

Advertisements
Posted in All about Islam

Iman Adalah Mutiara

Pernah dengar tak lagu ni?

“Iman lah penyelamat dunia penuh pancaroba…”

Assalamualaikum semua. Lama sungguh tak post apa2 dalam ni. Semoga siapa yang membaca blog ni diberkati serta dirahmati Allah.

Lagu dekat atas tu dari kumpulan Hijaz rasanya. Tapi tu tak penting. Yang penting apa lagu tu nak sampaikan.

Selalu orang kata iman, iman, iman… Ingat rukun iman tak? Sebagai refresh balik, rukun iman ada 6. Tapi apa sebenarnya iman?

Iman adalah percaya, membenarkan dalam hati, diucapkan dalam lisan dan diamalkan dalam perbuatan.

Selalu kan bila ada kemungkaran depan mata, dan kita mudah terjebak dalam tu. Payah sebenarnya menolak sesuatu yang kita rasa menguntungkan. Walhal ianya amatlah merugikan. Iman itu lah benteng sebenarnya.

Bagaimana? Dengan percaya Allah itu ada, Allah itu maha melihat, jadi kita akan berhenti dari membuat perkara yang salah. 

Zaman teknologi ini iman senipis kulit bawang. Hati kena kental. Supaya tak terjerumus dalam hal yang merugikan. 

Jom sadokan iman kita 💪💪💪