Posted in Note from me, Novel

Jom Membaca

Assalamualaikum semua. Hari ni nak kongsi tips untuk membaca dengan lebih berkesan. 

Advertisements
Posted in Stay cool

Pembetulan Diperlukan

Agak-agak kalau wife dier suruh beli butter, aper benda pulak yang dier beli… Batu bata??? πŸ˜•

Nasib lah kan πŸ˜‚

Posted in Komik, Novel, Story

Hobi Saya 2M

Saya suka membaca. Dan pada masa yang sama saya suka membeli. Maka terjadilah satu permasalahan.

Iaitu buku yang dibeli lebih banyak dari yang dibaca. Koleksi dalam almari, tunggu giliran untuk dibaca πŸ˜…

Sedang cuba untuk menghabiskan buku ini. Pada awalnya seronok juga, tetapi makin nak habis makin bosan jalan cerita dier. Cuba juga untuk habiskan πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Bila mood membaca tiada, perasaan sewaktu membaca pun tak best. Tapi bila ada mood, anak pulak merengek inginkan perhatian πŸ˜‘

P/s: ada cara untuk dapat berkobar2 mood membaca???

Posted in Note from me, Stay cool

Nak Hilang Stress???

Pernah ada masalah?

Masalah yang sebenarnya kecil akan tetapi dirasakan teramat besar untuk diselesaikan. Apatah lagi masalah yang besar untuk dihadapi.

Penyelesaian?

Hari itu diwaktu dirundung masalah remeh. Hati terdetik untuk menyelak buku motivasi. (Nampak sangat diri ini jarang bermotivasi, walhal buku itu hanya bersebelahan dengan katil 😊)

Dalam buku itu ada menyebut jika masalah itu seperti garam yang penuh secawan, tenanglah kerana penyelesaiannya hanyalah sebesar air yang penuh dalam tong. 

Lebih terperinci lagi, jika dicampurkan garam itu didalam tong tersebut, maka hilang dan pudarlah rasa masin. Begitu juga dengan masalah. Luaskan penyelesaiannya daripada permasalahan itu.

Sebagai contoh, hari jumaat digalakkan membaca surah al-kahfi. Akan tetapi disamping melayan kerenah anak, menguruskan rumah pasti terasa tak sempat untuk melaksanakannya. Tapi perasan atau tidak hari jumaat itu panjang waktunya. Sebelum subuh baca sedikit, selepas subuh baca sedikit lagi. Selepas solat dhuha sambung lagi. Begitu juga dengan solat zuhur. Lama2 habis satu surah. Selesaikan??? 😊

P/s: jika penyelesaiannya sebuah lautan, pasti lagi cepat diselesaikan.

Posted in Note from me

Wanita Insan Istimewa

Wanita itu indah. Wanita itu halus nalurinya. Wanita itu lembut hatinya. Wanita itu mendamaikan.

Tapi kenapa ada wanita yang kasar?

Kerana acuannya. Bukan hanya suami atau keluarga. Mungkin juga persekitaran dan juga kegigihan untuk meneruskan kehidupan.

Berbahagia lah buat wanita. 

Kerana wanita itu tulang belakang keluarga. Pincang wanita, pincanglah keluarga.

Bila dengar sahaja lagu yang dikongsi ini, terus rasa damai. Kepenatan menguruskan anak-anak terasa hilang. 

Lirik Wanita – Dehearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian

Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan

Bahkan sebagai hiasan kecantikan

P/s: wanita yang amat bertuah ialah apabila memiliki imam yang bukan sahaja pandai membentuk malah memahami isi hatinya 😊