Posted in Note from me, All about Islam

Bila Hati Sudah Suka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca tersayang. Alhamdulillah saya masih bernafas di bumi Allah meskipun terdapat banyak dugaan yang harus ditempuhi sebagai hamba Allah.

Banyak yang ingin diceritakan tapi ada satu yang teruja sangat. Iaitu saya bersama dengan laptop baru… Alhamdulillah. Insya Allah mudah bagi saya untuk melakukan hal-hal yang melibatkan pengguna teknologi canggih ini.

Nak cerita ni. Sewaktu mencari jalan untuk membeli komputer riba ini, pelbagai kesukaran yang perlu ditempuhi sehingga terjumpa kedai ini. Dalam itu terdapat pelbagai jenama serta gaya laptop idaman. Jadi memilih pun bukan hanya seminit dua, sudah pastinya memerlukan waktu yang lama.

Bila sudah tersuka dengan satu laptop ini disebabkan oleh perisian yang menarik, lihat pulak harga yang amat berbaloi. Akan tetapi bentuk tak berapa suka sebab terlampau lebar. Tapi bila tengok semula harga memang berbaloi dan mampu milik terus ambil dan bayar.

new lappy

 

Begitu juga jika tersuka dengan seseorang. Dibelek akhlak, perilaku, sifat yang baik dan yang pasti hantaran yang tidak membebankan tapi bukan bererti murah. Lihat rupa cantik sahaja tidak cukup kerana rupa itu pasti berubah bila dimakan usia. Oleh kerana hati yang baik, nilai murni yang tinggi membuatkan hati mengabaikan rupa yang biasa itu.

Berbalik kepada komputer riba ini, bila sampai rumah terus mengisikan dengan perisian yang disukai. Dimasukkan anti virus yang di beli khas untuk laptop kesayangan ini. Lama kelamaan terasa selesa dengan kebesaran saiz laptop ini walaupun pada awalnya merasa janggal. Terpahat sudah cinta pada laptop ini walaupun sebelum ini terasa teringat-ingat laptop yang lagi cantik dikedai tadi.

anti virus

 

Jika sesuatu pilihan ini benar-benar tepat, makin lama hati makin serasi. Rasa kasih itu berputik selepas cinta itu dicantikkan lagi. Tidak perlu pandang ke belakang kerana yang ada sudah cukup buat hati rasa berbunga-bunga. Jika terasa tidak cukup cantik, hiaskan sahaja dengan iman. Insya Allah pasti terasa cukup dengan apa yang ada.

pesan

Alhamdulillah atas rezeki ini, terasa melimpah biarpun bila dikenang akan kata orang banyak cacat cela. Diharapkan yang membaca diberkati Allah serta ditambahkan rezeki yang berkah dan terbit rasa syukur tidak terhingga.

Alhamdulillah 

p/s: gambar tersebut adalah daripada instagram saya sendiri. Boleh lah jika nak follow Instagram yang tak berapa famous tu 🙂

Salam sayang,

Syida

Author:

Hi, I'm Syida. Hanya blogger biasa dan suka menulis isi hati di sini. Tulis apa yang saya suka dan mahu berkongsi.

Leave a comment