Posted in Note from me, Novel

Jom Membaca

Assalamualaikum semua. Hari ni nak kongsi tips untuk membaca dengan lebih berkesan. 

Advertisements
Posted in Note from me, Stay cool

Nak Hilang Stress???

Pernah ada masalah?

Masalah yang sebenarnya kecil akan tetapi dirasakan teramat besar untuk diselesaikan. Apatah lagi masalah yang besar untuk dihadapi.

Penyelesaian?

Hari itu diwaktu dirundung masalah remeh. Hati terdetik untuk menyelak buku motivasi. (Nampak sangat diri ini jarang bermotivasi, walhal buku itu hanya bersebelahan dengan katil 😊)

Dalam buku itu ada menyebut jika masalah itu seperti garam yang penuh secawan, tenanglah kerana penyelesaiannya hanyalah sebesar air yang penuh dalam tong. 

Lebih terperinci lagi, jika dicampurkan garam itu didalam tong tersebut, maka hilang dan pudarlah rasa masin. Begitu juga dengan masalah. Luaskan penyelesaiannya daripada permasalahan itu.

Sebagai contoh, hari jumaat digalakkan membaca surah al-kahfi. Akan tetapi disamping melayan kerenah anak, menguruskan rumah pasti terasa tak sempat untuk melaksanakannya. Tapi perasan atau tidak hari jumaat itu panjang waktunya. Sebelum subuh baca sedikit, selepas subuh baca sedikit lagi. Selepas solat dhuha sambung lagi. Begitu juga dengan solat zuhur. Lama2 habis satu surah. Selesaikan??? 😊

P/s: jika penyelesaiannya sebuah lautan, pasti lagi cepat diselesaikan.

Posted in Note from me

Wanita Insan Istimewa

Wanita itu indah. Wanita itu halus nalurinya. Wanita itu lembut hatinya. Wanita itu mendamaikan.

Tapi kenapa ada wanita yang kasar?

Kerana acuannya. Bukan hanya suami atau keluarga. Mungkin juga persekitaran dan juga kegigihan untuk meneruskan kehidupan.

Berbahagia lah buat wanita. 

Kerana wanita itu tulang belakang keluarga. Pincang wanita, pincanglah keluarga.

Bila dengar sahaja lagu yang dikongsi ini, terus rasa damai. Kepenatan menguruskan anak-anak terasa hilang. 

Lirik Wanita – Dehearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian

Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan

Bahkan sebagai hiasan kecantikan

P/s: wanita yang amat bertuah ialah apabila memiliki imam yang bukan sahaja pandai membentuk malah memahami isi hatinya 😊

Posted in Note from me, Stay cool

Biarkan Pena Itu Menari

Tarian amat indah untuk ditonton. Bagaimana tarian pena pula?

Pena menari mengikut lenggok asli. Lenggok tari pasti menyentuh sang pembaca di sudut hati.

Seperti tertusuk pena itu dihati. Setiap kata ditatap satu persatu. Setiap baris dihayati dengan mata hati.

Ahh… Mengapa mesti pena itu nampak uzur? Kerisauan hati pasti tercetus apakala tiada yang sehebat pena itu.

Saat dibaca tulisan itu, seperti ada sang jejaka meniup seruling bambu.

Indah setiap bait kata.

A. Samad Said saterawan Malaysia.

Posted in Note from me, Stay cool

SIMPANG WAJIB DILALUI

Keraguan dalam menjalani pengguna media sosial. Dalam masa yang sama menjadi peniaga atas talian.

Tin…tin…tiiiiinnnn…

Ahhh…van pos laju sentiasa membuatkan aku tersenyum.

Buku…buku…dan buku lagi.

Tiada waktu untuk perniagaan atas talian.

Tiada wang masuk perihal buku kesukaan.

Dilema ulat buku bertemu pengguna media sosial.

Boleh penyek ulat macam ni 😂

Posted in All about Islam, Note from me, Wanita

LEMAU

Pedang akan tumpul jika dibiarkan. Penuh habuk, kotor, karat jika tidak diasah dan dijaga dengan baik.

Akhirnya untuk menyerang kita tewas. Jatuh kerana lemah dalam diri. Akibat tiada ‘menjaga’ luruh semua anggota.

Iman itu harus dibelai. Nipisnya iman kerana kita berhenti menjaga dengan zikir. Dibiar tanpa digilap iman itu.

Segar seseorang kerana ingatannya terhadap Allah. Bersih hati dia walau disaat kotor untuk beribadah. 

Nama lagi manusia. Kumpul balik semua tenaga. Jangan alpa jangan leka. 

Ingat Allah maha pengampun. Allah maha penyayang. Allah tidak tidur. Allah tidak lupa dengan hambanya. Allah selalu ada dengan kita.

Ya. Iman itu tenaga kita. Iman itu penggerak kita. 

Belum terlambat selagi roh masih dibadan 😘

Posted in Stay cool

Garisan itu panjang

Selepas hujan pasti ada becak. Abu suka main becak. Tapi sejak berkawan dengan Ali, Abu telah mengucapkan selamat tinggal dengan becak.

Abu cuba untuk mencuci baju dari kesan becak. Cuba sehabis daya. Semua pencuci dia guna. Dalam waktu itu, Ali tidak kelihatan untuk membantu Abu membersihkan bajunya. Senyap seribu bahasa.

Suatu hari sedang Abu terjumpa pencuci yang bagus untuk hilangkan kesan degil, datang lah Ali. Ali memberitahu “pencuci tu tak bagus sebab baju akan reput” (padahal Ali tidak pernah mencuba atau melihat sendiri macam mana pencuci itu bertindak)

Selepas itu berlaku pertelingkahan kecil mengenai ketidakpuasan hati masing2. Abu yang tidak arif termenung lah seorang diri. “Pencuci ni dah elok ni, kalau reput semua baju pasti akan reput” kata dalam hati Abu sambil tunggu Ali dirumahnya. Namun Ali tidak muncul jua.

End of story 😉

Macam tu juga dengan kehidupan. Jika kita berjaya membawa seseorang kembali ke fitrah kehidupan. Kembali ke jalan yang betul. Jangan biarkan dia seorang diri memperbetulkan dirinya. Pimpin dan bimbing ke arah yg betul. 

Silap haribulan nanti takut keluar mulut buaya, masuk mulut naga pulak. Tarik keluar memang mudah. Gariskan jalan agar tidak tersesat bukan semudah yang ditutur oleh lidah 😀

Renung2kan. Selamat beramal :):):)