Posted in Uncategorized

Sejak ada promosi Qaseh, mmg kn berkepit jer dgn handpon.

Rindu buku. Terasa seperti dipanggil2 tambah2 buku novel yg sikit lagi untuk dihabiskan.

Bila kena benda yang tak sepatutnya. Tiba2 aku jadi a new me. Muka pun dh lain. Pandangan pun dah lain. 

Tapi masih minat buku dan masih duduk disini sbg tempat persembunyian untuk mengelak dari diintip orang yang dikenali.

Alhamdulillah semakin beransur pulih. Tapi masih takut untuk drive kereta. Tunggu betul2 baik sepenuhnya baru nak lasak sikit. Kalau bentan susah pulak.

Perasaan dendam itu hilang. Yg ada hanya maafkn. Sbb setiap diantara kita pasti akan melakukan kesalahan.

Apa benda lah merepek tgh malam ni. Tidur dulu. Ada benda best br nk story mory😘😘😘

Posted in Note from me, Story

Hanya aku 

Senyum tidak bererti aku kuat. Senyum itu kerana aku tabah. Walau dalaman masih belum sembuh sepenuhnya. Tetapi buat apa ditayang sakit pada yang tidak mengerti?

Marah? Aku redha dgn segalanya. Aku pasrah pada ketentuan ilahi. Dan aku ikut akan haluan yang sudah ditetapkan. Bukan bererti menyerah kalah. Tetapi aku tau akan hikmah.

Alhamdulillah atas ujian. Alhamdulillah atas rezeki kesihatan. Alhamdulillah atas rezeki jualan. Meskipun belum rancak tetapi sudah cukup untuk melakar sekuntum senyuman.

Biarlah si murai bercerita. Biarlah mereka menari tanpa irama. Kerana aku sudah puas memukul gendangnya. 

Posted in Story

Terasa hidup kembali

Best nyer main psp. First time pefang psp rasa mcm main ps2 dpn mata 😁

Lps berubat buang saka, baru lah rasa hidup ni aman. Hati dah tak marah2. Jiwa rasa tenteram jer. 

Adik2 pn selalu ckp along dulu mcm ni macam 2. Padahal x tau pn sbb rasa tu bukan aku.

Dengan anak pun rasa bahagia jer. Baru nampak anak aku ni comel rupanya.

Rasa nak mintak maaf dgn orang yg dah aku sakiti. Sbb tu bukan aku. Tu ‘benda’ yang tumpang dalam badan.

Tapi ramai orang x percaya benda mistik macam ni. Hanya yang dh merasa mesti faham. Betapa ringannya badan bila dah buang setan.

Alhamdulillah sangat. Sbb sblm ni aku fikir mati jer. Rasa nya Allah nak bagi peluang aku bertaubat.

Rezeki pun sng masuk. Niaga pn Alhamdulillah laku dah.

Kalau ada sapa2 yg nak buang saka dlm bdn bagi tau lah. Insya Allah saya bagi nombor org tu. Sy nak bantu orang yang betul2 nak buang benda x elok tu. Sbb sy dah elok tp masih dlm rawatan utk buang kesan yg setan tu tinggalkan. 

Alhamdulillah utk segalanya 🙂

Posted in All about Islam, Note from me, Stay cool, Story

Renungan Sebelum Lena

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut; lalu dia menulis di pinggir pantai..

LAUT INI PENCURI..

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai..
LAUT INI BAIK HATI..
Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
LAUT INI PEMBUNUH..

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..
LAUT INI PENUH BERKAT..

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ..

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik, 

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa di hargai.
Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu itu, Dan yang membenci mu tidak percaya itu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi,

Siapa yang mau berbuat baik.

Jangan menghapus Persaudaraan hanya kerana sebuah Kesalahan, 
Namun Hapuslah kesalahan 
demi lanjutnya Persaudaraan..

Jika datang kepadamu gangguan, 

Jangan berfikir bagaimana cara Membalas dengan yang lebih Perih, 

tapi berfikirlah bagaimana cara Membalas dengan yang lebih Baik..
Kurangi mengeluh, 

teruslah berdoa dan berikhtiar, 
Sibukkan diri dalam kebaikan. 
Hingga keburukan ‘keletihan’ mengikuti mu..

Yang baik itu dari Allah  yg buruk itu dr kealpaan diriku sendiri 

Tegurlah aku dlm cinta dan kasih sygMU ya Allah 

Aamiin ya Allah

Wasalam

Posted in All about Islam, Note from me, Stay cool, Story

Love Is Cinta

Seronoknya jika tengah bercinta. Rindu rasa nak bercinta. Teringin hanya cukup pandangan mata sudah tahu maksud didalamnya.

Cinta seperti ingin terbang bebas diudara. Cinta seperti bebas berlari kemana-mana. Cinta seperti angin sepoi-sepoi bahasa menerjah muka.
Cinta itu manis seperti gula. Cinta itu indah seperti haruman bunga. Cinta itu asyik laksana nyanyian unggas rimba.

Jangan ditegur buat orang bercinta. Kerana mereka tengah lena dibuai cinta. Hati dan fikiran hanya pada cinta.

Berada didalam dakapan kekasih memang hangat menggoda. Selesa walau badan tinggal rangka. Empuk seperti diatas tilam raja.

Siapa kata orang dah kawin dan ada anak tak boleh bercinta. Saling memahami diri pasangan itulah cinta. Cabaran didalam bahtera itulah cinta. Dilambung ombak pada layar itulah cinta.

Cinta di alam rumah tangga itulah realiti. Cinta diwaktu si kecil dimata itulah paksi. Cinta diwaktu sukar itulah cinta hakiki.

Cinta yang paling indah, cinta yang paling romantis, cinta yang paling shahdu adalah cinta kerana Allah. Kita cinta akan Allah, Allah aturkan cinta kita dengan manusia pula. Hebatkan cinta.

Mirza dalam Razia Sultan hanya hayalan. Khuzairi dalam 7 Hari Mencintaimu hanyalah igauan. Cukup lah sekadar Abang Kapal itu suami aku. 

Nak belanja kejap doa pengikat kasih sayang suami isteri. Cinta mesti ada penyeri baru harmoni 💘 💘 💘 

add atau follow fb saya yer https://www.facebook.com/syidagojes

Posted in Note from me, Story

Deme Paham Ker?

Rasanya dah lama tak tulis post dalam bahasa omputeh. Tiba2 hr ni ada plk mat salleh mana yg like. Paham ker ape yang aku tulis ni?

Tapi tu tak kesah sangat. Cuma rasa berkorbar plk nk buat blog post in english. Tiber2 jer kan. 

Bila fikir balik nanti lah. Target nak pembaca dari malaysia atau yg faham bahasa melayu jer. Yg lain tu pakai ler translator yg ada. 

Buku novel omputeh pn aku x bc lagi😅

Posted in Note from me, Stay cool, Story

Tiba-tiba Jer

Hi all… Rasa macam tak boleh tido kalau tak post perasaan hati dlm WordPress ni.

Jgn risau bukan nak marah2. Cuma nak share apa yang dah tersuka sejak dua menjak ni.

Syida ni tak minat nak melukis tapi suka tengok lukisan dan menghayati apa yang ditujukan dalam lukisan tu. Hahaha… Macam pelik pulak sebab siapa yang kenal syida ni memang diorg tau yang syida tak suka lukisan.

Tapi time kecik2 dulu kalau tak sihat suka baring dekat katil opah (time balik kampung je. Sbb asal demam mesti sbb balik kg). Bila baring tu nampak lukisan itik tgh seronok berenang. Nampak ada orang menjala ikan. Ada sampan kecil. Nampak macam cuaca yang tenang dan nyaman.

Atuk syida bukan orang kaya yang beli lukisan. Tapi dia suka kumpul gambar lukisan dari kalendar. Mana yang cantik mesti ambik lekat dekat rumah.

Atuk syida dah tak ada lagi skrg. Rumah kampung tu pun dah runtuhkan dan bina rumah batu skrg. 

Syida kalau nak menghayati lukisan tgk dlm instagram jer. Zaman dah canggih. Tengok dari situ jer. Tapi jika diizinkan Allah nanti ada rumah sendiri nak ada lukisan original kt rumah. 

Doakan yer 🌹🌹🌹

Meh add atau follow rapat2 fb syida https://www.facebook.com/syidagojes

Posted in GOJES, Kesihatan, Qaseh Gold, Wanita

Jom Senaman Tangan

Assalamualaikum sahabat GOJES. Nak share jap sumber makanan yang boleh membakar lemak.

Nak diet tapi tak tau nak makan apa? Takkan tak makan kot? Kan best makan banyak tapi kurus 😆

Jadi Syida letak 10 makanan untuk diamalkan bagi yang bercita-cita nak dapat berat ideal.

Semoga membantu 🌹🌹🌹

Nak mudah lagi? 

Cuba cik pinky lah. Nak berGojes WhatsApp #syida_0139828240 tau.

Syida pakai, syida amal, syida jual.

Free consultation 😉

Kalau rajin jom jenguk fb syida. Nak add pn dialu-alukan ☺☺☺https://www.facebook.com/syidagojes

Posted in Note from me, Stay cool

Ayam Ke Telur?

Telur wujud dulu atau ayam yer?

Ada saper2 boleh try x teka teki x ada penghujung?

Kalau ayam dulu, mesti dari telur.

Kalau telur dulu, mesti keluar dari ayam.

Mcm tu jugak kehidupan.

Buat sesuatu perkara, mood mesti dtg kemudian.

Kalau tunggu mood dulu, membazir masa.

Jika mood dtg 5minit kemudian, baru tindakan. Masa yg ada untuk mencapai sesuatu tujuan mesti lewat 5minit.

Jangan moody yer, hargai masa yg ada 😉