Posted in Note from me

Kaca

Hati yang terluka ibarat kaca yang tertusuk disudut daging yang dalam.

Ianya tidak dapat dizahirkan oleh mata, akan tetapi sakitnya tidak terperi. Rasa nyilu namun tidak terluah dek kerana pandangan mata kasar hanya menipu.

Perit sehingga dibiarkan pedih. Hanya yang empunya hati sahaja mengerti akan kesakitan itu

Malangnya tiada yang mahu mencabut kaca itu melainkan batang tubuh sendiri. Yang ada hanya menolong untuk ditusuk dengan lebih dalam.

Posted in All about Islam, Note from me

Bila Hati Sudah Suka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca tersayang. Alhamdulillah saya masih bernafas di bumi Allah meskipun terdapat banyak dugaan yang harus ditempuhi sebagai hamba Allah.

Banyak yang ingin diceritakan tapi ada satu yang teruja sangat. Iaitu saya bersama dengan laptop baru… Alhamdulillah. Insya Allah mudah bagi saya untuk melakukan hal-hal yang melibatkan pengguna teknologi canggih ini.

Nak cerita ni. Sewaktu mencari jalan untuk membeli komputer riba ini, pelbagai kesukaran yang perlu ditempuhi sehingga terjumpa kedai ini. Dalam itu terdapat pelbagai jenama serta gaya laptop idaman. Jadi memilih pun bukan hanya seminit dua, sudah pastinya memerlukan waktu yang lama.

Bila sudah tersuka dengan satu laptop ini disebabkan oleh perisian yang menarik, lihat pulak harga yang amat berbaloi. Akan tetapi bentuk tak berapa suka sebab terlampau lebar. Tapi bila tengok semula harga memang berbaloi dan mampu milik terus ambil dan bayar.

new lappy

 

Begitu juga jika tersuka dengan seseorang. Dibelek akhlak, perilaku, sifat yang baik dan yang pasti hantaran yang tidak membebankan tapi bukan bererti murah. Lihat rupa cantik sahaja tidak cukup kerana rupa itu pasti berubah bila dimakan usia. Oleh kerana hati yang baik, nilai murni yang tinggi membuatkan hati mengabaikan rupa yang biasa itu.

Berbalik kepada komputer riba ini, bila sampai rumah terus mengisikan dengan perisian yang disukai. Dimasukkan anti virus yang di beli khas untuk laptop kesayangan ini. Lama kelamaan terasa selesa dengan kebesaran saiz laptop ini walaupun pada awalnya merasa janggal. Terpahat sudah cinta pada laptop ini walaupun sebelum ini terasa teringat-ingat laptop yang lagi cantik dikedai tadi.

anti virus

 

Jika sesuatu pilihan ini benar-benar tepat, makin lama hati makin serasi. Rasa kasih itu berputik selepas cinta itu dicantikkan lagi. Tidak perlu pandang ke belakang kerana yang ada sudah cukup buat hati rasa berbunga-bunga. Jika terasa tidak cukup cantik, hiaskan sahaja dengan iman. Insya Allah pasti terasa cukup dengan apa yang ada.

pesan

Alhamdulillah atas rezeki ini, terasa melimpah biarpun bila dikenang akan kata orang banyak cacat cela. Diharapkan yang membaca diberkati Allah serta ditambahkan rezeki yang berkah dan terbit rasa syukur tidak terhingga.

Alhamdulillah 

p/s: gambar tersebut adalah daripada instagram saya sendiri. Boleh lah jika nak follow Instagram yang tak berapa famous tu 🙂

Salam sayang,

Syida

Posted in Note from me

Duhai Hati ❤

Duhai hati, sabarlah dengan ujian ini.
Duhai hati, teruskan bersangka baik.
Mungkin dia kepenatan dan mempunyai masalah yang sukar untuk diselesaikan.
Duhai hati, tetapkan lah iman agar tidak tergelincir dr jalanan iman yg penuh berliku.
Duhai hati, aku tahu engkau kuat tetap tabah biarpun entah berapa kali engkau jatuh berderai.
Duhai hati, ingat Allah itu ada dan telah melukiskan perjalanan yang terbaik buat hambaNya 😊

Posted in Homeschool

Main Warna Air

Pada hari itu, seperti hari sebelumnya rasa bosan dengan pembelajaran yang diulang kepada puteri kecilku, Naqish.

Fakta: pembelajaran harus diulang supaya terlekat dalam fikiran anak. Tapi harus diingat setiap sesi jangan ambil masa yang lama kerana mereka akan bosan. Jadikan ianya sesuatu yang mengembirakan seperti cipta lagu berdasarkan apa yang ditunjuk.

Maka tercetuslah idea yang tidak seberapa untuk mengisi masa lapang Naqish. Iaitu main warna air.

Tapi timbul persoalan apa benda yang patut dilukis. Adakah pemandangan, haiwan, buah-buahan, atau animasi yang diminati.

Kemudian inisiatif yang dilakukan setelah memikirkan apa yang patut dilukis adalah membuka buku cerita Naqish. Dan hasilnya adalah seperti gambar dibawah. Abaikan jika lukisan itu tidak sebaik mana kerana tangan yang melukis itu tidak pernah belajar mengenai seni apatah lagi lukisan.

Setelah diwarnakan bersama Naqish maka terhasillah lukisan seperti diatas. Insya Allah, akan simpan dengan sebaiknya.

Fakta: lukisan untuk budak kecil tidak semestinya dilukis besar kerana budak tersebut akan cepat bosan. Mana tidaknya, lukisan itu tidak siap meskipun memakan masa yang lama. Boleh juga melukis benda / watak animasi kesukaan mereka untuk menaikkan semangat mewarna.

Seronok bila melayan Naqish main warna air. Asyik ketawa sepanjang sesi mewarna. Tapi Naqish menangis bila warna disimpan setelah lukisan siap.

Tak apa, banyak buku boleh warna lagi. Tapi guna crayon tau. Sebab warna air kena pantauan yang tinggi.

Nanti saya kongsi aktiviti lain pula ya.

Terima kasih kerana membaca 😘

Posted in All about Islam, Note from me, Stay cool

Bahasa Jiwa Bangsa

Hari ini Malaysia dikejutkan dengan 2 issu yang sangat tinggi jumlah perkongsian. Antaranya kes Adam, anak kecil yang dibunuh pengasuh dan kes DS Najib Razak, mantan perdana menteri Malaysia ke6.

Saya tidak menyokong mana2 pihak jika telah disabitkan kesalahan. Memang ada pihak yang sedih dan ada pihak yang marah mengenai isu yang viral ni.

Persoalannya sekarang mana jati diri sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa yang tinggi. Saya melihat komen-komen yang diutarakan berbaur hinaaan, mencarut, memaki hamun, malah ada juga yang mencaci sifat fizikal yang Allah kurniakan buat hambaNya.

Ya, kita boleh marah tapi itu bukan lesen untuk mengeluarkan kata-kata kesat. Setiap yang bersalah itu pasti dihukum sama ada di dunia mahupun di akhirat. Cuma kita sebagai orang luar tidak perlu menambah perisa sebagai menghangatkan suasana yang sememangnya sudah tegang.

Jika hendak kenal sesuatu bangsa, dengarkan pada bahasa mereka. Jika buruk bahasa mereka maka buruk lah bangsa itu.

Semoga kita diberikan ruang dan waktu untuk terus menuturkan benda baik dan berfaedah.

😊😊😊

Posted in All about Islam, Note from me

Dia tidak berdosa

Buang bayi dah jadi kes biasa hari ini.

Petanda apa? Dunia akhir zaman.

Tapi ada yb buat posting safe sex guna kondom. Jika utk bertujuan menjarakkan anak dlm keluarga boleh terima lagi tapi katanya utk muda mudi dari TERLANJUR.

Bila kata balik kepada agama, ramai penyokong beliau yg menyokong membabi buta setuju dgn statement itu.

Mungkin ini dasar pandang ke timur / jepun. Yg mana anak muda disana runtuh akhlaknya.

Semua yang berlaku ini adalah kerana JIWA mereka KOSONG dari AGAMA. Yang ada hanya keseronokkan dunia semata2. Halal haram tak ambil kira dah.

Percaya atau tidak semua bermula dari rumah.
Didik anak lelaki hormat kepada wanita, menjadi pelindung kepada wanita.
Didik anak perempuan dengan sifat malu serta beri perhatian pada jiwa dia. Perempuan ingin perhatian dan disayangi oleh orang keliling.

Islam itu meliputi segalanya. Dari lahir sehingga selepas kematian ada cara dalam islam. Cuma kita suka cara yang mudah, fikir akal logik dan tolak hukum Allah.

#donemembebel
#banyak lagi nak sebut tapi ini jer terbuku dihati

Maaf, tiada gambar bayi untuk diletakkan. Kerana sedih sangat bayi yang tidak berdosa jadi mangsa kekejaman 😢😢😢

Posted in Note from me

Hi, I’m back

Assalamualaikum and Hello everyone. Miss you so much.

Application ini lah yang saya installed, lepas tu uninstalled, lepas tu install balik.

Seperti ada yang tidak kena sahaja bila lama dah tak usik blog ini. Mungkin juga apa yang nak disampai pada media sosial yang tinggi ratingnya harus ditapis berikutan untuk menjaga hati semua orang. Tapi hati sendiri makin membuak2 untuk meluahkan segala yang terbuku.

Selamat hari raya aidilfitri buat semua yang beragama islam. Semoga segala apa yang kita lakukan di dalam bulan ramadhan diterima Allah.

😊😊😊

Posted in All about Islam, Celebration, Note from me

Alah, sepuluh sen jer pun

Assalamualaikum semua. Masing-masing masih mood raya lagi. Jadi, boleh lah nak ucap selamat hari raya aidilfitri buat semua umat islam walau dimana anda berada.

Pasal entry kali ni nak membebel sikit pasal nikmat sedekah.

Sedekah ini tidak lah wajib. Tetapi jika dibuat dapat pahala dan Insya Allah sahamnya di syurga nanti. Jadi jangan takut untuk bersedekah sekalipun nilainya hanyalah sebesar zarah.

Kalau nak bersedekah ni boleh jer. Kalau tak ada ratus, puluh, ribu, seringgit pun jadilah. Jika tiada pun sen2 pun tak apa. Jika tiada harta boleh juga dengan tenaga. Jika tiada juga, maka cukuplah sekadar senyuman.

Buat orang yang meniaga, jangan lokek untuk bersedekah. Ye lah. Kita rasa sen2 tu untung sbnrnya. Tapi siapa sangka sen2 tu lah yang mendatangkan rezeki lebih lagi akan datang. Insya Allah. Kerana sedekah itu tidak akan membuatkan seseorang itu jatuh miskin.

Cerita pasal sedekah pernah ada pengalaman yang terpahat dalam memori. Waktu itu saya baru sahaja memberi bantuan untuk anak yang baru sahaja kehilangan bapa. Saya membantu serba sedikit sekadar termampu. Waktu itu saya teringin sangat untuk memiliki zuriat sendiri setelah bertahun kahwin.

Macam2 dah ubat, berubat, doktor cuba. Tapi tidak berkesan. Selepas sahaja peristiwa dimana saya menawarkan bantuan untuk anak tersebut, tidak disangka sebulan selepas itu saya disahkan hamil.

Alhamdulillah. Rezeki yang tidak disangka. Mungkin berkat anak yatim atau nikmat nya sedekah. Jika harta setinggi gunung tetap tidak akan sama dengan zuriat sendiri. Saat itu syukur sangat. Seperti dapat segunung intan.

Cuma saya nak tekan disini, jika bersedekah hati itu WAJIB ikhlas. Tidak perlu disebut bila, berapa nilainya. Ibarat semut hitam pada batu hitam. Ianya seperti tiada tetapi ada.

Alhamdulillah, raya ni ramai yang berlumba bagi duit raya. Tapi jangan dibising berapa nilainya yang anak kita dapat. Walau sepuluh sen sekalipun, itu lah rezeki. Dan berapa kita bagi seikhlas hati serta semampu diri biarlah hanya kita sahaja yang tahu.

Nak duit raya? Jemput datang rumah yer 😉

Posted in Note from me, Stay cool

Ujian itu tandanya Allah sayang

Ujian buat kita kuat. Ujian buat kita lebih kental dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Ujian untuk melihat sejauh mana iman kita tatkala diuji. Jatuh sewaktu duji perkara biasa. Ambil masa untuk menerima takdir dari Allah.

Jika diuji dgn kehilangan sesuatu, pohonlah pada Allah supaya gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan bermakna untuk diri kita.

Hari yang lepas aku diuji dengan tiada rezeki untuk beraya bersama suami tercinta. Terasa gelap suram depan mata. Kerana tidak pernah merasa beraya bersama semenjak kahwin.

Hari ini pula suami diuji dengan kehilangan barang yg disayangi serta agak mahal harganya. Aku juga terasa tempiasnya.

Esok belum tentu apakah ujian yg datang. Dapat atau tidak dia pulang ke dalam dakapan setelah berbulan mencari rezeki dirantauan.

Semoga Allah menggantikan segala ujian ini dengan rezeki yang selama ini kami idamkan.

Sesungguhnya Allah maha penyayang lagi maha mengasihani. Tiada daya upaya melainkan Allah.

Insya Allah 😊