Posted in All about Islam, Note from me, Wanita

LEMAU

Pedang akan tumpul jika dibiarkan. Penuh habuk, kotor, karat jika tidak diasah dan dijaga dengan baik.

Akhirnya untuk menyerang kita tewas. Jatuh kerana lemah dalam diri. Akibat tiada ‘menjaga’ luruh semua anggota.

Iman itu harus dibelai. Nipisnya iman kerana kita berhenti menjaga dengan zikir. Dibiar tanpa digilap iman itu.

Segar seseorang kerana ingatannya terhadap Allah. Bersih hati dia walau disaat kotor untuk beribadah. 

Nama lagi manusia. Kumpul balik semua tenaga. Jangan alpa jangan leka. 

Ingat Allah maha pengampun. Allah maha penyayang. Allah tidak tidur. Allah tidak lupa dengan hambanya. Allah selalu ada dengan kita.

Ya. Iman itu tenaga kita. Iman itu penggerak kita. 

Belum terlambat selagi roh masih dibadan 😘

Posted in Stay cool

Garisan itu panjang

Selepas hujan pasti ada becak. Abu suka main becak. Tapi sejak berkawan dengan Ali, Abu telah mengucapkan selamat tinggal dengan becak.

Abu cuba untuk mencuci baju dari kesan becak. Cuba sehabis daya. Semua pencuci dia guna. Dalam waktu itu, Ali tidak kelihatan untuk membantu Abu membersihkan bajunya. Senyap seribu bahasa.

Suatu hari sedang Abu terjumpa pencuci yang bagus untuk hilangkan kesan degil, datang lah Ali. Ali memberitahu “pencuci tu tak bagus sebab baju akan reput” (padahal Ali tidak pernah mencuba atau melihat sendiri macam mana pencuci itu bertindak)

Selepas itu berlaku pertelingkahan kecil mengenai ketidakpuasan hati masing2. Abu yang tidak arif termenung lah seorang diri. “Pencuci ni dah elok ni, kalau reput semua baju pasti akan reput” kata dalam hati Abu sambil tunggu Ali dirumahnya. Namun Ali tidak muncul jua.

End of story 😉

Macam tu juga dengan kehidupan. Jika kita berjaya membawa seseorang kembali ke fitrah kehidupan. Kembali ke jalan yang betul. Jangan biarkan dia seorang diri memperbetulkan dirinya. Pimpin dan bimbing ke arah yg betul. 

Silap haribulan nanti takut keluar mulut buaya, masuk mulut naga pulak. Tarik keluar memang mudah. Gariskan jalan agar tidak tersesat bukan semudah yang ditutur oleh lidah 😀

Renung2kan. Selamat beramal :):):)

Posted in Komik

TERJEBAK KEMBALI

Pelik sungguh bila selera pusing balik ke zaman hingusan. Survey nak buku cerita apa dan terus pilih KOMIK.

Ok. Sebelum ni pernah terjebak dengan komik sampai penuh rak buku kecik. Tapi itu komik anime yg rasanya mengarut. Disebabkan jiwang and feel masa tu ala2 budget k.pop, so banyak lah komik merepek.

Hari ini sampailah komik yang diidamkan. Saya buat belian online disebabkan mudah sangat kerana tak perlu pusing kereta untuk parking. Tak perlu pilih berejam lepas tu ada yang mengamuk (saya pilih novel memang pasti ambik masa yang lama). Tak perlu tengok beg duit cukup ke tidak duit yang ada.

Kalau atas talian hanya klik, klik dan klik. Kemudian tunggu jer barang sampai depab pintu. Cuma pastikan wang dalam akaun mencukupi 😉

Komik yang dimaksudkan adalah Diari Conteng Jimi. Ada juga komik lain seperti komik tulisan jawi. Serta novel diari mat despatch. (Korang gelaklah sbb mesti rasa saya ni tak pernah-pernah baca komik macam budak kecik) 😅

Bila dah mula membaca memang tak berhenti sehingga tamat. Lukisan dalam buku tu simple sahaja. Tapi cukup dapat buat kita terbayang suasana sebenar dalam komik tu.

Lepas habis jer baca rasa arrgghhhh… nak baca LAGI!!! 

Cari punya cari dalam kedai berdekatan dah habis rupanya. Dalam online shop juga mcm tu kecuali satu ni. Boleh lah dari x ada. So letak dalam wish list dulu. Cukup bulan baru nak ambik.

Tak risau ker kalau habis??? Bukan rezeki saya lah tu 😯

Sebelum ni memang follow blog conteng conteng. Tetapi waktu tu tak pandai beli online dan kedai terdekat tak ada buku tu. Pendam sehingga waktu rasa nak hilang stress baru ternampak buku ni.

Rasa rugi pulak tak grab awal. Harap ada rezeki lelas ni.

Sekarang ni nak intai komik Lawak Budak Sekolah. Tengok review macam best jugak. Akan dicuba juga nanti. Insya Allah ☺☺☺

Sekarang tengah pulun Diari Mat Despatch 😂😂😂

Posted in Celebration

HB for My Self

16 February 2017

I really having fun with my family members. They plan something that I don’t know about it.
Gues what???

A birthday cake with a false age on that cake 😬

Haiyoooo 😅 they forgot to write down my name and also my real age. Just minus 1 and then u will know how old I am.

But thanks again to them for not forgetting my birthday 😘😘😘

My friends on Facebook also remember my birthday. Thanks also to the fb application for mention my birthday. I receive a lot of wish that I didn’t get before this. 

Yeahhh… U can say that i’m a little bit lonely before this. Yes. I’m happy and also busy to reply all that wish one by one.

Uncle Google also made special icon for me. Ermmm… Not beauty as before. Tapi ok lah dari tak ada kann?


Thanks for all. Love you so much 😘😘😘

Posted in Stay cool

Happy cara sendiri

Melihat teman lama yang hebat dgn dunia mereka. Sedangkan aku masih seorang suri rumah

Melihat teman lama berjalan sini sana. Sedangkan aku masih lagi di rumah.

Melihat teman lama update dgn pelbagai barang berjenama, gadget dan seumpamanya. Aku masih dgn jimat dan budget.

“Kenapa kau x belanja macam orang lain?”

“Kenapa kau x melancong mcm orang lain?”

“Kenapa kau x bekerja mcm orang lain?”

“Kenapa kau x shopping sakan mcm orang lain, bukan gaji laki kau banyak ker?”

Uiihhh aku berjalan tapi hanya waktu suami ada di Malaysia.

Wehh…x sayang mulut ker? Aku shopping tapi hanya waktu suami ada di Malaysia.(selalu on9)

Ermm… Pilihan aku menjadi suri rumah sbb aku nak besar kan anak aku sendiri tanpa tangan pengasuh.

Eihhh… Gaji laki aku byk mn pn kena jimat jugak. Bukan tau apa nak jadi esok hari.

Mungkin ini feel orang jarang tayang gmbr peribadi dkt on9. Lps tu rs down sgt sbb sendiri mcm x tunjuk pegi mana, beli apa, buat apa. 

Ok. Stop lihat show kaki lima. Terus ke arah what u like to do. 

BOOKS

Ok. I’m done. 

Selamat malam walau malam dh jd pg. Sbb sy baru nak masuk tidur 😁