Posted in All about Islam, Note from me, Stay cool

Bahasa Jiwa Bangsa

Hari ini Malaysia dikejutkan dengan 2 issu yang sangat tinggi jumlah perkongsian. Antaranya kes Adam, anak kecil yang dibunuh pengasuh dan kes DS Najib Razak, mantan perdana menteri Malaysia ke6.

Saya tidak menyokong mana2 pihak jika telah disabitkan kesalahan. Memang ada pihak yang sedih dan ada pihak yang marah mengenai isu yang viral ni.

Persoalannya sekarang mana jati diri sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa yang tinggi. Saya melihat komen-komen yang diutarakan berbaur hinaaan, mencarut, memaki hamun, malah ada juga yang mencaci sifat fizikal yang Allah kurniakan buat hambaNya.

Ya, kita boleh marah tapi itu bukan lesen untuk mengeluarkan kata-kata kesat. Setiap yang bersalah itu pasti dihukum sama ada di dunia mahupun di akhirat. Cuma kita sebagai orang luar tidak perlu menambah perisa sebagai menghangatkan suasana yang sememangnya sudah tegang.

Jika hendak kenal sesuatu bangsa, dengarkan pada bahasa mereka. Jika buruk bahasa mereka maka buruk lah bangsa itu.

Semoga kita diberikan ruang dan waktu untuk terus menuturkan benda baik dan berfaedah.

😊😊😊

Posted in Note from me, Stay cool

Ujian itu tandanya Allah sayang

Ujian buat kita kuat. Ujian buat kita lebih kental dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Ujian untuk melihat sejauh mana iman kita tatkala diuji. Jatuh sewaktu duji perkara biasa. Ambil masa untuk menerima takdir dari Allah.

Jika diuji dgn kehilangan sesuatu, pohonlah pada Allah supaya gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan bermakna untuk diri kita.

Hari yang lepas aku diuji dengan tiada rezeki untuk beraya bersama suami tercinta. Terasa gelap suram depan mata. Kerana tidak pernah merasa beraya bersama semenjak kahwin.

Hari ini pula suami diuji dengan kehilangan barang yg disayangi serta agak mahal harganya. Aku juga terasa tempiasnya.

Esok belum tentu apakah ujian yg datang. Dapat atau tidak dia pulang ke dalam dakapan setelah berbulan mencari rezeki dirantauan.

Semoga Allah menggantikan segala ujian ini dengan rezeki yang selama ini kami idamkan.

Sesungguhnya Allah maha penyayang lagi maha mengasihani. Tiada daya upaya melainkan Allah.

Insya Allah 😊

Posted in Stay cool

Disebalik Sebiji Tembikai

Masa untuk tembikai.
Aku selalu kaitkan rezeki bila membeli sebiji tembikai..
.
Tepuk lah mcm mana pun, cek lah kulit, warna, tangkai dan sebagainya. Jika Allah dah tetapkan tembikai tu tawar, warna pucat lesi maksudnya tak ada rezeki utk menikmati tembikai yang manis. Bila dapat yang sedap, manis, merah dan sbgnya, bukan sebab pandai memilih tapi sebab Allah dah bagi rezeki tu untuk kita.
.
Pernah beli telur kinderjoy untuk budak x? Surprise nak bukak tembikai tu mcm perasaan tak sabar nak tau mainan apa dalam kinderjoy yg dah dibeli.
.
Alhamdulillah hari ni dapat yg manis. Rupanya ada tetamu nak dtg dan berkongsi kemanisan tembikai ni.
.
Sekian coretan dari penggemar tembikai 😙😘

Posted in Note from me, Stay cool

Nak Hilang Stress???

Pernah ada masalah?

Masalah yang sebenarnya kecil akan tetapi dirasakan teramat besar untuk diselesaikan. Apatah lagi masalah yang besar untuk dihadapi.

Penyelesaian?

Hari itu diwaktu dirundung masalah remeh. Hati terdetik untuk menyelak buku motivasi. (Nampak sangat diri ini jarang bermotivasi, walhal buku itu hanya bersebelahan dengan katil 😊)

Dalam buku itu ada menyebut jika masalah itu seperti garam yang penuh secawan, tenanglah kerana penyelesaiannya hanyalah sebesar air yang penuh dalam tong. 

Lebih terperinci lagi, jika dicampurkan garam itu didalam tong tersebut, maka hilang dan pudarlah rasa masin. Begitu juga dengan masalah. Luaskan penyelesaiannya daripada permasalahan itu.

Sebagai contoh, hari jumaat digalakkan membaca surah al-kahfi. Akan tetapi disamping melayan kerenah anak, menguruskan rumah pasti terasa tak sempat untuk melaksanakannya. Tapi perasan atau tidak hari jumaat itu panjang waktunya. Sebelum subuh baca sedikit, selepas subuh baca sedikit lagi. Selepas solat dhuha sambung lagi. Begitu juga dengan solat zuhur. Lama2 habis satu surah. Selesaikan??? 😊

P/s: jika penyelesaiannya sebuah lautan, pasti lagi cepat diselesaikan.

Posted in Note from me, Stay cool

Biarkan Pena Itu Menari

Tarian amat indah untuk ditonton. Bagaimana tarian pena pula?

Pena menari mengikut lenggok asli. Lenggok tari pasti menyentuh sang pembaca di sudut hati.

Seperti tertusuk pena itu dihati. Setiap kata ditatap satu persatu. Setiap baris dihayati dengan mata hati.

Ahh… Mengapa mesti pena itu nampak uzur? Kerisauan hati pasti tercetus apakala tiada yang sehebat pena itu.

Saat dibaca tulisan itu, seperti ada sang jejaka meniup seruling bambu.

Indah setiap bait kata.

A. Samad Said saterawan Malaysia.

Posted in Note from me, Stay cool

SIMPANG WAJIB DILALUI

Keraguan dalam menjalani pengguna media sosial. Dalam masa yang sama menjadi peniaga atas talian.

Tin…tin…tiiiiinnnn…

Ahhh…van pos laju sentiasa membuatkan aku tersenyum.

Buku…buku…dan buku lagi.

Tiada waktu untuk perniagaan atas talian.

Tiada wang masuk perihal buku kesukaan.

Dilema ulat buku bertemu pengguna media sosial.

Boleh penyek ulat macam ni 😂

Posted in Stay cool

Garisan itu panjang

Selepas hujan pasti ada becak. Abu suka main becak. Tapi sejak berkawan dengan Ali, Abu telah mengucapkan selamat tinggal dengan becak.

Abu cuba untuk mencuci baju dari kesan becak. Cuba sehabis daya. Semua pencuci dia guna. Dalam waktu itu, Ali tidak kelihatan untuk membantu Abu membersihkan bajunya. Senyap seribu bahasa.

Suatu hari sedang Abu terjumpa pencuci yang bagus untuk hilangkan kesan degil, datang lah Ali. Ali memberitahu “pencuci tu tak bagus sebab baju akan reput” (padahal Ali tidak pernah mencuba atau melihat sendiri macam mana pencuci itu bertindak)

Selepas itu berlaku pertelingkahan kecil mengenai ketidakpuasan hati masing2. Abu yang tidak arif termenung lah seorang diri. “Pencuci ni dah elok ni, kalau reput semua baju pasti akan reput” kata dalam hati Abu sambil tunggu Ali dirumahnya. Namun Ali tidak muncul jua.

End of story 😉

Macam tu juga dengan kehidupan. Jika kita berjaya membawa seseorang kembali ke fitrah kehidupan. Kembali ke jalan yang betul. Jangan biarkan dia seorang diri memperbetulkan dirinya. Pimpin dan bimbing ke arah yg betul. 

Silap haribulan nanti takut keluar mulut buaya, masuk mulut naga pulak. Tarik keluar memang mudah. Gariskan jalan agar tidak tersesat bukan semudah yang ditutur oleh lidah 😀

Renung2kan. Selamat beramal :):):)