Assalamualaikum semua. Masing-masing masih mood raya lagi. Jadi, boleh lah nak ucap selamat hari raya aidilfitri buat semua umat islam walau dimana anda berada.
Pasal entry kali ni nak membebel sikit pasal nikmat sedekah.
Sedekah ini tidak lah wajib. Tetapi jika dibuat dapat pahala dan Insya Allah sahamnya di syurga nanti. Jadi jangan takut untuk bersedekah sekalipun nilainya hanyalah sebesar zarah.
Kalau nak bersedekah ni boleh jer. Kalau tak ada ratus, puluh, ribu, seringgit pun jadilah. Jika tiada pun sen2 pun tak apa. Jika tiada harta boleh juga dengan tenaga. Jika tiada juga, maka cukuplah sekadar senyuman.
Buat orang yang meniaga, jangan lokek untuk bersedekah. Ye lah. Kita rasa sen2 tu untung sbnrnya. Tapi siapa sangka sen2 tu lah yang mendatangkan rezeki lebih lagi akan datang. Insya Allah. Kerana sedekah itu tidak akan membuatkan seseorang itu jatuh miskin.
Cerita pasal sedekah pernah ada pengalaman yang terpahat dalam memori. Waktu itu saya baru sahaja memberi bantuan untuk anak yang baru sahaja kehilangan bapa. Saya membantu serba sedikit sekadar termampu. Waktu itu saya teringin sangat untuk memiliki zuriat sendiri setelah bertahun kahwin.
Macam2 dah ubat, berubat, doktor cuba. Tapi tidak berkesan. Selepas sahaja peristiwa dimana saya menawarkan bantuan untuk anak tersebut, tidak disangka sebulan selepas itu saya disahkan hamil.
Alhamdulillah. Rezeki yang tidak disangka. Mungkin berkat anak yatim atau nikmat nya sedekah. Jika harta setinggi gunung tetap tidak akan sama dengan zuriat sendiri. Saat itu syukur sangat. Seperti dapat segunung intan.
Cuma saya nak tekan disini, jika bersedekah hati itu WAJIB ikhlas. Tidak perlu disebut bila, berapa nilainya. Ibarat semut hitam pada batu hitam. Ianya seperti tiada tetapi ada.
Alhamdulillah, raya ni ramai yang berlumba bagi duit raya. Tapi jangan dibising berapa nilainya yang anak kita dapat. Walau sepuluh sen sekalipun, itu lah rezeki. Dan berapa kita bagi seikhlas hati serta semampu diri biarlah hanya kita sahaja yang tahu.
Nak duit raya? Jemput datang rumah yer 😉