Posted in Komik, Novel, Story

Hobi Saya 2M

Saya suka membaca. Dan pada masa yang sama saya suka membeli. Maka terjadilah satu permasalahan.

Iaitu buku yang dibeli lebih banyak dari yang dibaca. Koleksi dalam almari, tunggu giliran untuk dibaca 😅

Sedang cuba untuk menghabiskan buku ini. Pada awalnya seronok juga, tetapi makin nak habis makin bosan jalan cerita dier. Cuba juga untuk habiskan 💪💪💪

Bila mood membaca tiada, perasaan sewaktu membaca pun tak best. Tapi bila ada mood, anak pulak merengek inginkan perhatian 😑

P/s: ada cara untuk dapat berkobar2 mood membaca???

Posted in Komik

TERJEBAK KEMBALI

Pelik sungguh bila selera pusing balik ke zaman hingusan. Survey nak buku cerita apa dan terus pilih KOMIK.

Ok. Sebelum ni pernah terjebak dengan komik sampai penuh rak buku kecik. Tapi itu komik anime yg rasanya mengarut. Disebabkan jiwang and feel masa tu ala2 budget k.pop, so banyak lah komik merepek.

Hari ini sampailah komik yang diidamkan. Saya buat belian online disebabkan mudah sangat kerana tak perlu pusing kereta untuk parking. Tak perlu pilih berejam lepas tu ada yang mengamuk (saya pilih novel memang pasti ambik masa yang lama). Tak perlu tengok beg duit cukup ke tidak duit yang ada.

Kalau atas talian hanya klik, klik dan klik. Kemudian tunggu jer barang sampai depab pintu. Cuma pastikan wang dalam akaun mencukupi 😉

Komik yang dimaksudkan adalah Diari Conteng Jimi. Ada juga komik lain seperti komik tulisan jawi. Serta novel diari mat despatch. (Korang gelaklah sbb mesti rasa saya ni tak pernah-pernah baca komik macam budak kecik) 😅

Bila dah mula membaca memang tak berhenti sehingga tamat. Lukisan dalam buku tu simple sahaja. Tapi cukup dapat buat kita terbayang suasana sebenar dalam komik tu.

Lepas habis jer baca rasa arrgghhhh… nak baca LAGI!!! 

Cari punya cari dalam kedai berdekatan dah habis rupanya. Dalam online shop juga mcm tu kecuali satu ni. Boleh lah dari x ada. So letak dalam wish list dulu. Cukup bulan baru nak ambik.

Tak risau ker kalau habis??? Bukan rezeki saya lah tu 😯

Sebelum ni memang follow blog conteng conteng. Tetapi waktu tu tak pandai beli online dan kedai terdekat tak ada buku tu. Pendam sehingga waktu rasa nak hilang stress baru ternampak buku ni.

Rasa rugi pulak tak grab awal. Harap ada rezeki lelas ni.

Sekarang ni nak intai komik Lawak Budak Sekolah. Tengok review macam best jugak. Akan dicuba juga nanti. Insya Allah ☺☺☺

Sekarang tengah pulun Diari Mat Despatch 😂😂😂